Home Artikel PAS Sabah

Pemuda PAS seru muafakat parti politik pembangkang Sabah.

958 views
SHARE

Oleh : Mohd Ramlan Bin Pandi
20 April 2019

KOTA BELUD : Pemuda PAS Sabah menyeru agar suatu permuafakatan politik antara parti-parti pembangkang negeri Sabah termasuk PAS perlu dibentuk di negeri ini menuju PRU15.

Permuafakatan tersebut perlu diusahakan segera sebagai satu tuntutan kesatuan ummah dan demi survival politik bumiputera Islam secara khusus serta rakyat negeri Sabah secara keseluruhannya.

Perkara tersebut telah disuarakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah hari ini di Sunset Beach Restaurant dekat sini.

Tambahnya, kesatuan ini perlu kerana pasca PRU14 kerajaan baharu yang mentadbir negeri ini tidak mampu untuk mentadbir secara berkesan dan masih dibelenggu isu yang belum ada penyelesaian tuntas.

“Sebelum ini, kita telah berusaha agar perkara ini menjadi realiti dan ia
telah dimulai dengan pembentukan protem Ikatan Bumiputera Sabah bersama Pemuda UMNO, PBRS, dan beberapa NGO yang membawa isu
ICERD,” ulasnya.

Muktamar kali ke 32 itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Hj Khairil Nizam Bin Khiruddin dan turut dihadiri pemerhati daripada wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah dan Ketua Pemuda Umno Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain.