Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Al-Marhumah Maimunah : Tokoh As-Sabiqat

4312
SHARE

Al-Marhumah Maimunah : Tokoh As-Sabiqat

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها

Di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, sekali lagi kita menerima khabar duka pemergian Tokoh As-Sabiqat Pahang, Al-Marhumah Hajah Maimunah Abas atau lebih dikenali dengan nama ‘Kak Mona’.

Beliau merupakan Tokoh As-Sabiqat yang tidak asing lagi bagi penggerak-penggerak Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dan DMP Negeri Pahang. Sering menjadi tulang belakang dalam aktiviti dan gerak kerja kebajikan anjuran parti walaupun di ketika usia lanjut.

Menurut Ketua DMP Negeri Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor, al-Marhumah sentiasa melibatkan diri dalam semua aktiviti anjuran Jemaah. Di samping sentiasa meraikan dan melayani tetamu dengan penuh adab dan berbudi.

Selain itu al-Marhumah juga dikatakan sangat pemurah dan seringkali menginfakkan harta kepunyaan untuk manfaat dan kegunaan Jemaah, begitu mulia peribadi beliau. Semoga menjadi contoh dan iktibar buat kita semua.

Sesungguhnya pemergian al-Marhumah mengingatkan kita bahawa jalan perjuangan kita suatu hari nanti akan tamat juga.

Maka dengan itu, sebaiknya kita melaksanakan segala amanah, tanggungjawab dan segala gerak kerja dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh, kerana mungkin esok atau lusa giliran kita pula.

Semoga akan datang, kita juga dijemput Allah SWT dalam keadaan masih kekal berjuang dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT di bumi Malaysia.

Salam Takziah daripada kami seluruh Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia atas pemergian insan tercinta buat seluruh ahli keluarga terutama suami dan anak-anak.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
29 Mei 2020, 6 Syawal 1441