Home Berita PAS Perak

Selamat Hari Wartawan Nasional – DMPN Perak

985
SHARE

Wartawan merupakan satu kerjaya dalam industri media massa, yang merangkumi surat khabar, majalah, televisyen, radio dan internet. Seorang wartawan bertugas untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat tentang berita terkini, orang ternama, tren dan isu-isu yang relevan. Wartawan juga termasuk pengarang, editor, pemberita, penyiar, pembaca berita dan lain-lain.

Sempena tanggal 29 Mei 2020 ini, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional buat semua yang menceburi bidang ini. Tahukah pembaca semua makna disebalik WARTAWAN? Perkataan “warta” bermaksud “dihebahkan” dan “wan” membawa maksud “ahli”.

Profesion wartawan ini tidak dapat disangkal kepentingannya lagi. Tindakan pantas serta tangkas para wartawan menulis dan melaporkan setiap berita membolehkan kita sentiasa mengikuti perkembangan semasa ke semasa. Hal ini kerana mereka telah terlatih untuk berkhidmat secara efisien bagi memastikan setiap berita dapat dilaporkan dengan baik bersesuaian dengan kehendak semasa.

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mengharapkan agar seluruh individu yang bergelar wartawan sentiasa komited memainkan peranan masing-masing. Sesungguhnya setiap jasa, pengorbanan dan kesusahan yang dialami sepanjang bertugas di lapangan amat dihargai. Terus cekal menabur bakti, semoga pahala daripada Allah SWT mengiringi kalian para wartawan.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Dr Najihatussalehah Binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
29 Mei 2020 | 6 Syawal 1441H