Home Berita PAS Kelantan

Selamat Hari Pekerja 2021

228
SHARE
Firman Allah S.W.T:
‎وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad) beramallah kamu dengan segala apa yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (Al-Taubah:105)
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua samada anggota pentadbiran awam ataupun swasta atas usaha dan komitmen yang tinggi kearah kesejahteraan rakyat dan Negara.
Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2021 kepada semua para pekerja di Malaysia dan secara khususnya di Negeri Kelantan Darulnaim.
Selamat Hari Pekerja 2021
“PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU DALAM DUNIA PEKERJAAN SEJAGAT”
USTAZ DATO’ BENTARA KANAN
MENTERI BESAR KELANTAN
19 Ramadan 1442H / 01 Mei 2021M