Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Hari Pekerja!

2929
SHARE

Selamat Hari Pekerja!

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan Selamat Hari Pekerja 2019 kepada semua pekerja di Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang berkhidmat di luar negara.

Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi jujur”.

Surah Al-Qasas, 26.

Melalui ayat ini digambarkan antara ciri yang patut diutamakan ketika memilih seorang pekerja ialah mestilah kuat dan sihat tubuh badannya serta jujur dalam melaksanakan tanggungjawab. Apabila hadirnya sifat jujur dalam diri, mustahil akan terdetik untuk berlaku pecah amanah dan sebagainya.  Selain rajin bekerja demi kelangsungan hidup, seharusnya kesihatan diri juga dijaga agar badan terus sihat dan kuat selari dengan tuntutan muwasifat tarbiyah.

Dengan peningkatan pelbagai kos sara hidup, percukaian  yang membebankan, ketidakupayaan memiliki hak keperluan asas seperti rumah dan pengangkutan, memerlukan para pekerja bersikap lebih kreatif dalam bidang masing-masing memandangkan ia mampu memberi nilai tambah kepada individu. Malahan ia dapat membantu perkembangan ekonomi negara.

Semoga para pekerja di luar sana terus kuat dan itqan untuk terus bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab. Ketahuilah sesungguhnya peranan kalian sangat besar dalam proses pembangunan negara kita. Walau dimana sahaja posisi anda, terus jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas yang dipikul. Semoga dengan hadirnya rasa itu kehidupan kita menjadi lebih berkat. InsyaAllah.

“PEKERJA JUJUR, PEMANGKIN NEGARA”

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Ketua

Dewan Muslimat PAS Malaysia

25 Syaaban 1440

01 Mei 2019