Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Hari Pekerja: Pemuda Seremban seru terus mara

84 views
SHARE
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2019
 
1. Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja buat semua warganegara Malaysia yang tidak penat dan lelah bekerja membangunkan Negara dan Negeri Sembilan khususnya sehingga kini.
 
2. Dalam al-Quran al-Karim, terdapat beberapa ayat yang bertemakan ‘kerja/amal’ yang boleh kita jadikan sebagai panduan dan iktibar. Antaranya adalah dalam surah al-Taubah, ayat 105, yang bermaksud:
 
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta golongan yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.
 
3. Ayat ini mengandungi pesanan mulia agar kita bekerja dengan pekerjaan yang halal untuk memenuhi keperluan hidup. Setiap pekerjaan yang menghasilkan pahala atau dosa sama ada dosa besar atau kecil pasti akan disaksikan dengan sejelas-jelasnya pada hari Kiamat kelak.
 
Ibnu Kathir dalam Tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini merupakan ancaman dari Allah terhadap golongan yang menentang perintah-perintah-Nya, yang mana amal perbuatan mereka kelak akan dipersembahkan di hadapan Allah dan Rasul-Nya serta golongan yang beriman.
 
4. Justeru, marilah kita terus bekerja dengan penuh keikhlasan di samping berusaha memberikan yang terbaik dalam profesion yang kita ceburi.
 
“Terus Mara, Islam Memimpin”
 
KHAIRUL YAZMAN YAHYA
Ketua Pemuda PAS Kawasan Seremban/
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan
Sesi 2019/2021