Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Hari Ibu 2019

393 views
SHARE

SELAMAT HARI IBU 2019

Hari Ibu merupakan hari istimewa buat semua wanita yang bergelar ibu di seluruh dunia.

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada para ibu yang menjadi sayap kanan keluarga.

Sesungguhnya terlalu banyak pengorbanan yang telah dicurahkan oleh seorang ibu dalam menjaga dan membesarkan anak-anak.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku lah engkau kembali.” (Qs. Luqman : 14)

Jelas dinyatakan bahawasanya seorang ibu mengalami tiga macam kepayahan dalam membesarkan seorang anak.

Kesusahan yang pertama adalah hamil, kemudian melahirkan dan seterusnya menyusui.

Kerana itu kebaikan kepada ibu tiga kali lebih besar daripada kepada ayah. Sebagaimana dikemukakan dalam sebuah hadis,

‎ عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ

Dari Abu Hurairah Radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi SAW menjawab,”Ibumu!”. Dan orang tersebut kembali bertanya, “Kemudian siapa lagi?” Nabi SAW menjawab, “Ibumu!” Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi SAW kemudian menjawab, ‘Kemudian ayahmu”.

(HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

Justeru, jelaslah mengapa doa dari seorang ibu merupakan satu senjata yang cukup mustajab kepada anak-anaknya.

Marilah kita berdoa semoga kita dapat menjadi ibu dan suri tauladan yang terbaik kepada anak-anak dalam membentuk masyarakat dan negara.

Terima kasih kepada semua ibu kerana telah memberikan kami rasa cinta dan pengorbanan selama ini. Sesungguhnya setiap hari setiap detik adalah hari buatmu Ibu!

Muslimat Istiqomah Memacu Kemenangan

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
07 Ramadan 1440
12 Mei 2019