Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2019

453 views
SHARE

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2019

Tarikh 12 Mei merupakan tarikh istimewa buat jururawat seluruh dunia yang akan menyambut Hari Jururawat. Sambutan ini diadakan khas bagi menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat.

Sejarah Islam mengetengahkan beberapa tokoh agung jururawat wanita seperti Ummul Mukminin Saidatina Aisyah. Beliau yang merupakan salah seorang isteri Rasulullah SAW juga adalah salah seorang jururawat. Aisyah memiliki kepakaran dan kemahiran dalam perubatan Islam.

Selain itu, Rufaidah Al Aslamia atau lebih dikenali Rufaidah binti Sa’ad turut diiktiraf sebagai salah seorang tokoh jururawat muslimah yang pertama dalam Islam. Beliau berasal dari suku Bani Aslam.

Ramai lagi jururawat Islam yang terkenal dizaman kebangkitan islam antaranya, Ku’ayibah, Aminah bin Abi Qays Al Ghifariyah, Ummu Atiyyah Al Ansariyah, dan Nusaibah binti Kaab.

Semoga umat Islam hari ini, khususnya wanita mampu menjadi ikon terbaik seorang jururawat buat ummah.

Selain menunaikan amanah sebagai pekerja, dalam masa yang sama aurat terjaga, ibadah tidak leka, pergaulan turut diwaspada.

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan Selamat Hari Jururawat. Ya Allah, sesungguhnya tugas jururawat sungguh mulia. Gandakanlah ganjaran berlipatganda buat mereka semua.

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH,
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.

12 Mei 2019
7 Ramadan 1440H