Home Artikel PAS Johor

Andai Ini Ramadan Terakhir Apa Yang Patut Anda Lakukan

902
SHARE

Andai Ini Ramadan Terakhir Apa Yang Patut Anda Lakukan

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Iskandar Puteri : Andai ini Ramdan terakhir , demikian petikan ucapan Ustazah Zhuliana Ambok Dalek, Ketua Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan DMPNJ di sini , hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan pesta ibadah di bulan ini yang sepatutnya menjadi rebutan umum.

“Andai ini Ramadan terakhir, berazamlah untuk solat awal, melazimi tadarus dan sedekah.” Demikian lunak nasihatnya.

Tegasnya juga, muslimat diseru untuk menjadi hamba kepada Allah bukan hamba kepada Ramadan, dan mengambil inspirasi daripada umat Islam di Palestin seperti mana umum sedia maklum.

SRITI Ilmi, Taman Pulai Perdana yang menjadi lokasi pilihan program Muslimat PAS Iskandar Puteri kali ini meriah dengan pesta ibadah dimulai dengan bacaan mathurat seawal 9 pagi.

Mengakhiri ucapan, beliau sekali lagi mengigatkan para muslimat yang hadir untuk istiqomah dalam beribadah terutamanya dalam bersedekah kerana yang memberi pastinya orang berjiwa besar