Home Kenyataan Media PAS Melaka

Selamat Hari Guru | PAS Kawasan Tangga Batu

43
SHARE

“Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Berguru demi ilmu bina generasi baharu

Tanggal 16 Mei menjelma lagi, sebagai satu hari untuk kita menzahirkan rasa penghormatan kepada para guru yang…

• Mendidik
• Membimbing
• Mengasuh

…sehingga kita menjadi dewasa.

Satu ungkapan Arab yang besar maknanya:

لولا مربي ، ما عرفت ربي

Jika tidak kerana guruku,
Tidak aku mengenali Tuhanku.

Terima kasih cikgu
Terima kasih guru

Jasamu tidak mampu kami balas. Semoga Allah membalas segala jasamu daripada amalan yang kami dapat tunaikan setiap hari.

Kepada guru-guru PASTI dan SRITI di kawasan Tangga Batu khususnya, sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua 101 orang guru yang bertungkus lumus dalam menjalankan segala urusan di sekolah dan memastikan segala urus tadbir dapat berjalan sempurna.

Sehingga kini, terdapat 20 cawangan PASTI dan sebuah SRITI yang beroperasi di dalam Kawasan Tangga Batu, disertai oleh seramai 1,200 murid PASTI dan 53 orang murid SRITI. Jumlah ini ialah satu pencapaian yang sangat baik dan salah satu tanda keyakinan masyarakat terhadap produk PASTI dan SRITI.

Tahniah diucapkan sekali lagi. Semoga Allah jualah yang membalas segala jasa para guru-guru yang sentiasa Ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Amin….

HAJI BAKRI JAMALUDDIN
Yang Dipertua PAS
Kawasan Tangga Batu

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .