KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH
27 Februari 2020
SELAMAT DATANG PEMUDA ISTIQAMAH KE HIMMAH 2020
- Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengalu-alukan seluruh pemuda-pemuda PAS dari seluruh negara serta para muslimin muslimat dan rakyat Malaysia amnya yang akan hadir ke Himpunan Pemuda PAS Istiqamah (HIMMAH) yang akan berlangsung pada 29 Februari 2020 ini.
- Himpunan HIMMAH ini turut dimeriahkan dengan berlangsungnya Karnival Muafakat Nasional Peringkat Negeri Kedah bermula pada 27,28 dan 29 Februari 2020 bertempat di Kompleks PAS Kedah (KOMPAS) Batu 9 Kota Sarang Semut.
- Dari suasana politik tidak menentu melanda negara hari ini, ambil peluang berharga ini untuk kita mendengar sendiri penerangan, amanat dan taujihat dari YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS, Dato Mursyidul AM dan Timbalan Presiden PAS YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
- Selain itu ,bekas-bekas Ketua Pemuda PAS Malaysia juga dijemput untuk menyampaikan ucapan seperti YB Ustaz Nik Abduh Bin Nik Abdul Aziz, Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi bagi membawa mesej anak muda.
- Sebagai bentuk penghargaan kepada golongan muda,pihak penganjur telah menyediakan hadiah istimewa cabutan bertuah iaitu sebuah motorsikal honda yang ada nombor hadapan pendaftaran ‘PAS’.
- Mesej utama himpunan ini diadakan ialah untuk mengangkat suara anak muda diseluruh Malaysia yang mahukan negara Malaysia ditadbir dengan pemerintah yang baik dengan pembawakan yang sejahtera selari dengan kehendak Islam dan perlembagaan.
- Selain itu, himpunan ini juga menjadi titik tolak kebangkitan anak muda seluruh negara bagi memastikan DAP yang mempamerkan ancaman dan kerosakan terhadap Islam dan sistem pentadbiran negara tidak lagi bermaharajalela.
- Sasaran 30 ribu kehadiran ini mengulangi sejarah Himpunan Pemuda PAS 30 Ribu yang pernah diadakan di Kedah semasa Kedah dibawah pendtadbiran Pakatan Rakyat tahun 2011.
- Kami berbesar hati selaku tuan rumah kali ini mengucapkan selamat datang ke negeri Kedah, insha allah kami bersiap sedia dalam persiapan untuk keselesaan tetamu yang akan mencecah 30k Pemuda seluruh Malaysia.
“Demi Islam”
Yang Benar,
Ustaz Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kedah