Home Berita PAS Kelantan

Selamat bertugas kembali Dato’ Panglima Perang

1318
SHARE

KOTA BHARU, 12 Dis: Pengarah Urus Setia Penerangan Negeri Kelantan (UPKN) Kamaruzaman Mohamad dan staf mengucapkan selamat bertugas kembali kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Dato’ Mohd Nassuruddin kembali bertugas semula setelah selesai menjalani rawatan pemulihan selama empat bulan akibat kemalangan di Mesir, Ogos lalu.

Beliau menzahirkan kerinduan untuk meneruskan rutin dengan menulis di laman media sosialnya, hari ini.”Rindu untuk memulakan rutin tanggungjawab dan amanah di pejabat. Akhirnya alhamdulillah dapat memulakan tugasan rasmi hari ini setelah lama berehat untuk proses pemulihan,” catatnya.
Beliau turut meminta semua pihak mendoakan agar beliau terus dapat berkhidmat sebaik-baiknya kepada negeri dan rakyat Kelantan.