Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Selamat Bertugas Datuk Seri Mazlan Lazim, Timbalan Ketua Polis Negara Yang Baharu

123
SHARE

SELAMAT BERTUGAS DATUK SERI MAZLAN LAZIM,
TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA YANG BAHARU

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Datuk Seri Haji Mazlan Lazim atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merupakan individu yang berkelayakan bagi mengisi jawatan tersebut.

Pengalaman beliau sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Saksi di Jabatan Perdana Menteri serta Ketua Polis Kontinjen Kelantan dan Kuala Lumpur menjadi bukti kepada kemampuan beliau dalam institusi Polis Diraja Malaysia.

PAS mengucapkan selamat bertugas dengan penuh amanah dan dedikasi buat Datuk Seri Haji Mazlan. Semoga Polis Diraja Malaysia terus cemerlang berkhidmat demi rakyat dan negara.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

Kamaruzaman Mohamad
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442