Home Artikel PAS Sabah

Jelajah Prihatin 3.0 Dewan Muslimat PAS Papar rai masyarakat setempat

142
SHARE

Oleh: Hasbullah Baharudin
24 November 2019

PAPAR: Dewan Muslimat PAS Papar dengan kerjasama PAS Kawasan Papar turun ke lapangan mendekati masyarakat dan memberi sumbangan di Balai Raya Kg Berundong Papar, di sini semalam.

Pada masa yang sama, seramai 100 orang pelajar telah menerima sumbangan dalam program “Kembali ke Sekolah” yang merupakan salah satu agenda dalam Jelajah Prihatin 3.0.

Program diteruskan dengan ziarah ke rumah-rumah asnaf di sekitar Kg Kuala Papar yang melibatkan 30 buah rumah. Para penduduk telah menerima sumbangan barangan dapur dan juga pemeriksaan kesihatan percuma.

Turut hadir sepanjang program ialah Yang Dipertua PAS Papar, Abd Salim Karim dan Ketua Muslimat PAS Papar Siti Aisyah Rahman.

“Program seperti ini harus diperbanyakkan agar dapat membantu penduduk yang memerlukan dan sentiasa melahirkan rasa syukur kita atas rahmat daripada Allah,” ujar Abd Salim.

Siti Aisyah pula menzahirkan hasratnya agar PAS Papar sentiasa berusaha menggiatkan gerak kerja kebajikan untuk masyarakat di situ.