PULAU PINANG, 18 September: Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan (YIK), Negeri Kelantan Darul Naim dinobatkan juara keseluruhan daripada 13 pasukan yang bertanding pada Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-22 bagi tahun 2022.
Kejohanan tersebut berlangsung di padang Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 13 hingga 16 September dan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti YB Dato’ Ir Haji Ahmad Takiyuddin Abdul Rahman.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO YB Wan Roslan Wan Hamat mengucapkan tahniah kepada semua atlet YIK atas kejayaan merangkul kejohanan keseluruhan KESSUMA 2022 itu.
Para pemimpin tersebut memuji kehebatan atlet Kelantan yang mempamerkan semangat juang yang tinggi sehingga berjaya merangkul tiga kejuaraan bagi acara bola sepak, bola tampar lelaki dan ping pong lelaki.
Diikuti gelaran naib johan bagi acara bola tampar perempuan dan tempat ketiga dalam acara badminton bagi kategori lelaki dan perempuan.