Home Artikel PAS Sarawak

Sekolah Terus Usang, Abg Jo Perlu Lebih Tegas

560
SHARE

Sebagai seorang rakyat Sarawak, saya sungguh kecewa dengan apa yang berlaku kepada janji membaik pulih 1020 sekolah usang di negeri ini. Suasana sebegini sudah tentu tidak baik dalam semangat persekutuan. Seolah-olah janji yang mereka laungkan tahun lepas seolah hanya satu permainan dan langsung tidak memperdulikan betapa rakyat negeri ini terguris.

Perjanjian kontra sebanyak RM700juta dari RM1 bilion sudah dibayar oleh kerajaan negeri Sarawak namun sekolah usang tersebut belum lagi dibaik pulih. Malah pembayaran hutang kontra ini sudah menghampiri pembayaran seterusnya dalam 2 atau 3 bulan. Meminggirkan hak Sarawak seperti ini hanya akan memangsakan pelajar di negeri ini. Nyata kerajaan pusat sekarang langsung tidak perihatin kepada masalah negeri ini. Untuk itu, Ketua Menteri (KM) Abg Jo mesti lebih bertegas dan jangan beri muka sehingga sekolah tersebut dibuat pulih.

Sedang kita terus menyumbang kepada ekonomi negara, kita seolah ditipu di negeri sendiri. Sepatutnya kerajaan Pakatan Harapan boleh mula menggunakan RM350juta pada Ogos tahun lepas dan pembayaran kedua pada 7 Febuari lalu dari jumlah keseluruhan RM700 juta pembayaran hutang kontra yang telahpun dibayar kepada kerajaan pusat untuk membaiki sekolah tersebut. Namun, setelah 5 bulan pembayaran pertama dibuat kepada Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Lim Guan Eng, sekolah kita terus usang diamamah usia yang menanti janji baik pulih.

PH dinasihatkan supaya jangan lembap dalam soal ini kerana keperluan meruncing untuk anak bangsa di Sarawak. Adalah lebih baik, Menteri Pendidikan yang juga Perdana Menteri kini turun sendiri dan menyelesaikan masalah tersebut. Namun atas faktor kekuatan fizikal beliau, mungkin agak sukar perkara tersebut berlaku. Ini adalah satu kesukaran yang dialami oleh rakyat negeri pada era pemerintahan PH.

Zharudin Narudin
Ketua Penerangan PAS Sarawak