Home Berita PAS Sarawak

“Sekampit Beras Buat Saudaraku” Di Batang Lupar

991
SHARE

Ain Sakinah Muhammad

BATANG LUPAR – PAS Batang Lupar telah menganjurkan program “Sekampit Beras Buat Saudaraku” pada 27 hingga 29 Mei 2018 di sekitar Kg Pusa, Kg Batang Maro, Kg Tambak, Kg Beladin, Kg Semarang, Kg Spinang dan sekitar Sebuyau.

Edaran ini telah disempurnakan oleh Ust Wan Abdillah (YDP PAS Kawasan Batang Lupar Mantan Calon P.201 Batang Lupar) dan Pn Hamidah Mokhtar (Mantan Calon N.29 Beting Maro).

Selain itu, turut diadakan penyampaian cenderahati berupa bingkai khat kepada jentera PAS yang istiqamah sebagai tanda menghargai gerak kerja mereka dalam PRU 14, baru-baru ini.

Edaran seumpama ini menjadi program rutin tahunan PAS Kawasan Batang Lupar sebagai memenuhi tanggungjawab sesama muslim bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan khususnya dalam bulan Ramadhan ini.

Ustaz Wan Abdillah juga berkongsi hadis Rasulullah SAW tentang solat sunat pagi ketika memberi tazkirah pagi.

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
“Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)