Home Berita PAS Pusat

Sekalung ucapan tahniah kepada pelajar SPM sesi 2017

3460
SHARE

SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR SPM SESI 2017

Penantian dan debaran menanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang sekian lama dinantikan telah pun bernokhtah.

Kini ,tibalah masanya pelajar,ibu bapa dan warga pendidik menerima Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) ,dengan penuh redha dan pasrah di hati.

Pengumuman keputusan SPM yang diterima pada hari ini haruslah diterima dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat ILLAHI.

Statistik menunjukkan terdapat
seramai 443,883 orang calon SPM telah mendaftar bagi sesi 2017 untuk menduduki peperiksaan SPM di 3,363 pusat peperiksaan di Malaysia.

Kami optimis dan percaya, sudah pastinya apa jua keputusan yang diperolehi pada hari ini diterima dengan penuh rasa gembira terutama bagi pelajar yang beroleh kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM sebagaimana yang dicita-citakan.

Meskipun begitu,bagi yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM kurang memuaskan sebagaimana yang diharapkan,yakinilah bahawa keputusan peperiksaan ini bukanlah nokhtah akhir bagi langkah-langkah perjalanan menuju sebuah kehidupan yang penuh dengan asam garam dan suka duka dalam menempuh sebuah kehidupan.

Sesungguhnya dunia ibarat putaran roda dan ibarat giliran siang malam yang datang silih berganti.Pasti ada hikmah yang tersembunyi atas apa jua ketentuan dan takdir yang berlaku dengan izinNYA.

Lajnah Pendidikan PAS Pusat dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik) mengucapkan setinggi -tinggi ucapan syabas dan sekalung ucapan tahniah kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2017 di seluruh Malaysia yang telah mencuba sehabis baik dan sehabis mampu ketika menjawab soalan peperiksaan yang dikemukakan di dewan peperiksaan yang lalu.

Sudah pasti, kalian telah mencuba yang terbaik demi memenuhi impian diri,ibu bapa ,para pendidik dan insan tersayang demi mencapai impian ,cita-cita murni dan matlamat yang diimpikan selama ini.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan tahniah buat buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia yang gigih mendidik anak bangsa , menabur bakti serta mencurah ilmu kepada generasi pelapis negara serta pewaris kepimpinan pada masa akan datang dengan penuh dedikasi dan iltizam yang tinggi.

Semoga apa jua pengorbanan,kesabaran yang tinggi ,kegigihan warga pendidik dan para asatizah di seluruh Malaysia,ada ganjaran dan nilaian di sisi ALLAH SWT dan merupakan ‘Saham Akhirat ‘ buat mereka nanti.

Sekalung penghargaan juga buat keluarga dan ibu bapa anak-anak yang merupakan Pelajar SPM sesi 2017 yang pastinya merupakan pembakar obor semangat , pendorong setia dan sumber motivasi serta sumber inspirasi bagi kejayaan anak-anak yang harapan keluarga di samping iringan doa dan titipan semangat yang diberikan saban waktu tanpa mengenal erti jemu terhadap mereka.

Buat semua yang terlibat dan mendoakan kejayaan anak -anak ini,didedikasikan serangkap pantun sebagai penutup bicara:

Gunung Bentan gilang gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budimu pasti tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Ingatan tulus:
NORMALA BINTI SUDIRMAN
Presiden
Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik) &
Lajnah Pendidikan PAS Pusat.
15 Mac 2018 bersamaan 27 Jamadilakhir 1439H