Home Berita PAS Kelantan

Segera lengkapkan pengambilan vaksin – Mufti Kelantan

78
SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

KOTA BHARU, 21 Sept: YB SS Mufti Kerajaan Kelantan, Dato’ Mohamad Shukri Mohamad menjunjung kasih KDYMM Sultan Muhammad V kerana memperkenankan pengimarahan masjid untuk solat Jumaat dan solat fardu lima waktu bagi mereka yang lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 dan melepasi tempoh 14 hari.

“Kaedah berfasa ini dikenali sebagai tadarruj yakni mendidik masyarakat mempraktikkan cara hidup berpandukan kesesuaian masa dan keadaan”, kata beliau semasa ditemui di pejabatnya semalam.

Beliau turut menyeru rakyat Kelantan supaya tidak melengahkan pengambilan vaksin kerana mana-mana negara yang rakyatnya mengambil vaksinasi secara lengkap sudah dapat menjalani kehidupan selesa seperti sebelumnya. Tambahnya, orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan operasi Standard (SOP) dan jangan leka kerana dengan kelekaan memungkinkan kita akan lebih lama berada dalam musibah ini.