Home Artikel PAS Johor

Kue Sukak Manah? Segamat Lancar kelab Memanah

98 views
SHARE

Kue Sukak Manah? Segamat Lancar Kelab Memanah

Oleh : Aisyah El Yahya

SEGAMAT: Pelancaran kelab memanah PAS Kawasan Segamat telah berjalan lancar di mana kini dipelopori 60% penyertaan dari anak muda di sini.

” Petang tadi, saya diberikan penghormatan untuk merasmikan Kelab Memanah PAS kawasan Segamat. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan daripada pelbagai pihak.”

“Saya sarankan setiap PAS kawasan khususnya di Johor dapat mewujudkan kelab memanah masing-masing untuk mempelbagaikan aktiviti dalam masyarakat.” Ujar Saudara Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil, Penolong Setiausaha Agung PAS merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Pelancaran yang diadakan di tanah lapang berhadapan Madrasah Ibnu Mas’ud itu juga turut menawarkan aktiviti menarik seperti praktikal dan pertandingan memanah serta pendaftaran sebagai ahli kelab untuk masyarakat sekitar yang berminat.

Terbaru, PAS Johor turut menawarkan sukan sunnah memanah sambil berkuda di bawah pengelolaan AHRAC, Academy Horse and Archery untuk seluruh masyarakat.

Pembudayaan sukan sunnah ini ternyata mendapat tempat di hati masyarakat lantaran kebaikan dan kelebihan nya yang kita sedia maklum.

Difahamkan juga, masyarakat dialu-alukan untuk membuat pendaftaran di atas talian untuk sukan sambil berkuda di facebook AHRAC Malaysia.