Home Berita PAS Wilayah

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju kali ke 18

1595
SHARE

Wangsa Maju : Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Wangsa Maju berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-18 yang berlangsung di Markaz PAS Kawasan Wangsa Maju, Taman Melati Utama pada 25 Februari 2018 yang lepas.

Mesyuarat yang dihadiri oleh perwakilan daripada Ahli Jawatankuasa DPPK Wangsa Maju serta Jawatankuasa Pemuda Cawangan berjaya mengumpulkan seluruh tenaga anak muda yang akan memenangkan PAS pada PRU KE-14 nanti.

Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan Ketua Pemuda DPPK Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abd. Hadi bin Mohd Ghazali yang menyarankan perkaderan “Ahli Baru Pemuda” khususnya yang bermastautin di Wangsa Maju kerana pemuda adalah elemen terpenting dalam pertubuhan politik negara.

Ujar beliau lagi, Pemuda dan ahli PAS tidak perlu menyibukkan diri untuk menjawab segala provokasi dan tohmahan lawan politik sebaiknya menyibukkan diri dengan beramal dan berkerja sedaya upaya untuk memenangkan Islam khususnya di Parlimen Wangsa Maju.

Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir. Hj. Khairil Nizam bin Khirudin yang menegaskan agar terus beristiqamah dan fokus dalam setiap agenda mendekati pengundi terutamanya golongan anak muda.

Mesyuarat diteruskan dengan sesi perbentangan dan perbahasan oleh para perwakilan dan diikuti pula dengan beberapa usul yang dibawa dalam mesyuarat tersebut.

Ucapan penangguhan disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda, Muhd Izzuddin Hamidan dengan menyeru para pemuda bangkit untuk bersama-sama dalam agenda memenangkan Islam dalam keadaan susah mahupun senang.

Lajnah Penerangan
DPPK Wangsa Maju.