Home Berita PAS Johor

Sedia terima 3 “Panglima” UMNO sertai PAS Johor – PJ Johor

1055
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Kulai , 23 Jun – Kita bersedia menerima dan sekiranya perkara itu menjadi kenyataan, kita tidak ada masalah untuk menerima mereka bersama dengan kita.

Demikian dinyatakan oleh Ustaz Abdullah Husin, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor apabila ditanya mengenai tiga panglima UMNO Johor bakal sertai PN.

Menurut Ustaz Abdullah, di Johor mereka dilihat mengambil tindakan senyap tetapi memberi sokongan dan dokongan kepada PN.

“Kalau kita lihat di pusat contohnya Dato’ Noh Omar yang mengatakan akan memastikan kemenangan Perikatan Nasional pada pilihanraya 6 negeri dan Tan Sri Annuar Musa isytihar masuk PAS.

“Barangkali mereka yang belum isytihar mereka berbuat sesuatu, saya tidak mahu menyebut secara detail tetapi saya melihat mereka memberikan dokongan untuk kemenangan PN“ , tambah beliau.

Ustaz Abdullah yang juga merupakan Naib Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Johor berkata situasi Johor berbeza dengan Negeri Sembilan, Kelantan dan negeri lain.

“Saya tak mahu menyebut secara spesifik, tapi memang kita ada pertemuan-pertemuan dengan tokoh besar (UMNO) ini tapi belum lagi dapat isytihar dan ada perkara yang menjadi sedikit kerahsiaan. Saya kira juga satu gelombang yang menguntungkan PN.

“Ia (BARISAN NASIONAL JOHOR) akan terpinggir dari sudut gelombang kemenangan dan ini akan lebih memudahkan kita untuk bergerak pada masa akan datang.”, ujar beliau.

Sebelum ini Sinar Harian ada melaporkan mengenai tiga daripada 10 panglima UMNO bakal sertai Perikatan Nasional adalah dari Johor.