KULIM, 1 Julai : Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor membuat lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kulim dan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampus Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah pagi tadi.
Seramai 820 pelajar politeknik telah disaring ujian pengesanan Covid-19.
40 pelajar disahkan positif dan selebihnya masih di bawah pengawasan bagi memastikan kampus ini bebas dari kes yang positif.
“PKPD ini adalah satu keperluan bagi mencegah penularan.
“Kes-kes di pusat pengajian ini berpunca dari balik kampung.”Ujar Muhammad Sanusi.
Menurut beliau, kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak RM20,000 berupa bantuan makanan kering.
Kelulusan ini dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semalam.
Bantuan akan diserahkan kepada politeknik dan PKOB Kulim yang bernilai RM10,000 setiap tempat ini.
“Terima kasih kepada pihak pengurusan politeknik yang memberi kerjasama penuh dalam mengendalikan PKPD ini.
“Terima kasih juga kepada PKOB Daerah Kulim yang diketuai oleh pegawai daerah, Haji Abd Bari Abdullah yang banyak membantu urusan berjalan lancar.
“Saya berharap, PKPD ini akan berakhir pada 9 Julai dan tiada kes positif lagi direkodkan.