Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 311 kes positif dan 4 kematian baharu

141
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 1 Jul : Sebanyak 311 kes positif dan empat kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKNM, daripada 311 kes positif baharu itu, 180 kes adalah daripada kategori tempatan, satu kes daripada kategori import dan 130 kes lagi daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah JKNM lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 246 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 21 kes di Daerah Jasin dan 44 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Jabatan itu juga berkata sebanyak 150 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 2445 kes masih dirawat berbanding 2288 semalam dengan 98 kes adalah daripada kes ICU dan 18 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Kes kematian

JKNM turut melaporkan terdapat empat kes kematian direkodkan hari ini dengan tiga daripadanya dikesan di Daerah Melaka Tengah dan satu kes di Daerah Alor Gajah.

Tiga kes yang direkodkan di Daerah Melaka Tengah melibatkan seorang lelaki berumur 65 tahun dari Mukim Bandar Melaka; seorang wanita berumur 49 tahun dari Mukim Ayer Molek dan seorang lelaki berumur 68 tahun dari Mukim Bachang.

Sementara satu kes lagi yang direkodkan di Daerah Alor Gajah melibatkan seorang wanita berusia 55 tahun dari Mukim Melekek.

Laporan kluster

JKNM turut memaklumkan khabar gembira iaitu terdapat dua kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Kampung Kemuning dan Kluster Bukit Tempayan

Selain itu, tiada pertambahan kluster hari ini dengan 37 kluster dilaporkan masih aktif di Negeri Melaka.

Kes seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 6988 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini, berbanding 6276 kes semalam.

Selain itu, 84 kes kematian baharu direkodkan hari ini berbanding 62 kes semalam, sementara 5580 kes sembuh baharu turut direkodkan hari ini.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 65,453 kes aktif semasa direkodkan sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia berjumlah 758,967 kes.

Selangor pula kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2885 kes hari ini, diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 988 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.