Home Artikel PAS Melaka

“Saya Bersaksi Almarhumah Noor Fazilah Seorang Yang Komited” – Puhat

989
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

KOTA MELAKA : “Saya bersaksi bahawa almarhumah Noor Fazilah adalah seorang yang komited dengan kerjanya”. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Khidmat Malaysia Melaka, Muhamat Puhat Bedol.

Beliau menyatakan demikian sebagai melahirkan rasa sedih dan dukacita atas pemergian Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Melaka, almarhumah Noor Fazilah Ismail yang telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Puhat yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka itu ditemubual Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika menziarahi jenazah di rumah almarhumah Fazilah di Taman Desa Duyong di sini sebentar tadi.

Menurut Puhat, di dalam NGO Khidmat Malaysia Melaka, almarhumah ditugaskan sebagai Exco berkaitan pengurusan dan kebajikan untuk para sukarelawan, petugas dan tukang jahit.

“Yang paling saya ingat tentang almarhumah ialah semasa para sukarelawan bertungkuslumus menyiapkan PPE, almarhumah seolah-olah menjadi ‘alarm’ mengingatkan saya setiap kali tiba waktu makan untuk para sukarelawan.

“Ini kerana beliau sangat menitikberatkan tentang kebajikan para sukarelawan kami. Walau pun kami sedang bekerja untuk kebajikan orang ramai, namun kebajikan para sukarelawan tetap diambil perhatian.

“Moga Allah SWT mengampuni dan menempatkan almarhumah bersama para syuhadah, solehah, para anbiya’, siddiqin, syuhada’ dan solihin.” ujar beliau mengakhiri temuabual beliau bersama Wartawan Rakyat Melaka.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)