Belasungkawa | Ketua Muslimat PAS Kota Melaka Noor Fazilah Ismail Telah Tiada

3936
SHARE

Kami di bilik Editorial Unit Berita Penerangan PAS Melaka telah dimaklumkan tentang satu berita sedih pemergian seorang amilin PAS Negeri Melaka iaitu Noor Fazilah Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini 1 Syawal 1441H. Berita sedih ini telah disahkan oleh anak Allahyarhamah sendiri.

Allahyarhamah merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Melaka.

Semenjak negara dilanda wabak Covid-19 Allahyarhamah telah menjadi antara orang penting yang bertanggungjawab dalam program-program penyediaan PPE oleh Khidmat Malaysia Melaka untuk disumbangkan kepada klinik-klinik dan hospital-hospital.

Mari kita sama-sama mendoakan semoga Allah SWT menerima segala amalan solehnya dan diampunkan segala dosa-dosanya, serta ditempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang bertaqwa.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)