Home Artikel PAS Johor

Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil : “Semoga Cik Kumutha A/P Raman Dan Keluarga Sabar Dan Tabah”

422 views
SHARE

Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil : “Semoga  Cik Kumutha A/P Raman Dan Keluarga Sabar Dan Tabah”

Saya telah menziarahi cik Kumutha a/p Raman dan keluarga beliau di Taman Austin Perdana, Johor Bahru sebentar tadi.

Ayah beliau telah meninggal dunia petang semalam dan dijangka akan dikebumikan petang esok.

Kumutha adalah merupakan Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat dan Ketua DHPP Negeri Johor serta pernah menjadi calon PAS sejak PRU ke 12 lagi.

Turut hadir bersama ke rumah beliau tadi adalah Encik Ahmad Al Johari bin Mohd Yusof (Setiausaha PAS Johor) dan Encik Azman bin Atmin (Timbalan Ketua Penerangan PAS Johor).

Semoga cik Kumutha sekeluarga bersabar dan tabah menghadapi situasi ini.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung PAS
Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor