Home Artikel PAS Johor

‘Kak Lah’ Cetus Fenomena Kebangkitan Muslimat

292 views
SHARE

‘Kak Lah’ Cetus Fenomena Kebangkitan Muslimat

 

Batu pahat : Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, DMPNJ yang dihadiri oleh para perwakilan dan pemerhati dari 25 kawasan telah disempurnakan dengan jayanya.

Turut hadir, YB Siti Zailah Yusof ,atau lebih mesra dengan panggilan ‘Kak Lah’ selaku ahli parlimen Rantau Panjang , merangkap Ketua Muslimat PAS Negeri kelantan.

Beliau dalam ucapan perasmiannya telah menekankan beberapa perkara penting yang perlu muslimat laksanakan supaya survival Islam terus terpelihara khususnya di peringkat muslimat.

“Ada beberapa aspek yang muslimat perlu kuasai disamping kita berjuang atas landasan akidah dan tanggungjawab menyampaikan kebenaran.

“ Muslimat perlu persiapkan diri dengan akidah, ilmu dalam semua sudut termasuk pengurusan dan persiapan ekonomi yang bermula dari sekarang.” Ujarnya ketika menyatakan kesediaan PAS untuk menjadi kerajaan alternatif bagi kerajaan yang ada sekarang.

Cetusan daripada itu, beberapa perkara telah diusulkan oleh para perwakilan usai sesi ucaptama Ketua Muslimat dan pembentangan minit mesyuarat.

Antaranya, perwakilan berpendapat pentingnya PAS mewujudkan satu jawatankuasa yang diberi nama ‘Jawatankuasa Inegriti’ yang mana antara tugasnya adalah mempertahankan pimipinan- pimpinan yang teruk difitnah.

Adapun demikian, saranan tersebut akan dibincangkan lebih lanjut diperingkat DMPNJ memandangkan suasana muktamar kali ini begitu murni dengan sesi muhasabah dan memperlihatkan semangat luar biasa muslimat muda terutamanya, dalam memberi buah fikiran .