Home Berita PAS Johor

Sarapan pagi percuma untuk masyarakat Bukit Naning

146
SHARE

Oleh RAJA IZWAN

BAKRI, 18 Nov : Pusat Aduan Rakyat Kawasan Bakri Dun Bukit Naning telah menyantuni masyarakat sekitar Bukit Naning dengan mengadakan Program Sarapan Pagi Percuma.

Pusat Aduan Rakyat Dun Bukit Naning telah mengedarkan lebih kurang 100 set sarapan pagi.

Program yang mendapat kerjasama daripada NGO-NGO tempatan telah dilaksanakan sekitar jam tujuh pagi di hadapan Pejabat Pusat Aduan Rakyat Dun Bukit Naning.

Turut hadir, Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Bakri, Azman Ibrahim, Setiausaha Kerja Pusat Aduan Rakyat Bakri, Abdul Rahim Abdullah, AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Bakri ,Zapidah Fazil dan beberapa petugas PAS Kawasan Bakri memeriahkan program berkenaan.

Menurut Azman Ibrahim, program ini akan dilaksanakan setiap bulan untuk membantu masyarakat di musim endemik.

Di samping itu, dapat beramah mesra dengan masyarakat dan juga mengeratkan silaturahim antara kaum.

Tambah beliau, masyarakat setempat yang mendapat sarapan percuma turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan berkenaan, dan terima kasih kepada para penyumbang yang membantu menjayakan program pada hari ini.