Home Berita PAS Johor

Laksanakan amanah sebaiknya -PJ Johor

94
SHARE

 

Oleh FAUZI CHE AHMAD

KULAI, 19 Nov – PAS Kawasan Kulai telah menganjurkan Majlis Penghargaan dan Penyampaian Watikah yang diadakan di Dewan SRITI Al-Hikmah, Kampung Ayer Manis, di sini, kelmarin.

Majlis berkenaan diadakan bagi menyampaikan watikah perlantikan kepada 30 orang penerima sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kulai bagi sesi 2021-2023 yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin.

Ustaz Abdullah, dalam ucapan taujihatnya menasihatkan kepada para pimpinan untuk terus bekerja dan berusaha melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan sebaiknya.

Majlis yang berlangsung dalam norma baharu juga dikawal ketat oleh urusetia untuk para hadirin bagi  mematuhi SOP dan langkah berjaga-jaga.

Turut diadakan adalah majlis penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kulai sesi lepas serta penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa PASTI Kawasan Kulai.

PAS Kawasan Kulai Sesi 2021-2023 diketuai oleh Tuan Haji Kamaludin bin Sairan dan akan dibantu En Fadil Abdullah dan En Ramli Haron selalu Timbalan YDP dan Naib YDP PAS Kawasan.

“Siiru Ala Barakatillah diucapkan kepada semua kepimpinan PAS Kawasan Kulai yang baru. Anda adalah mata rantai yang menyambung perjuagan Nabi Muhammad S.A.W,” kata Ustaz Abdullah.

#IslamMemperkukuhPerpaduan