Home Berita PAS Kedah

Sanusi tak fokus selesai isu air atau pihak lawan yang tak ikut perkembangan semasa?

584
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR,13 JUN 2023-Kenyataan pihak lawan agar Sanusi fokus menyelesaikan masalah rakyat berkenaan isu air daripada terus mencari kesalahan orang lain jelas menunjukkan pihak lawan tidak mengikuti perkembangan terkini masalah air di Kedah.

Sudah banyak usaha daripada Kerajaan Negeri telah dilaksanakan untuk menangani masalah air yang dihadapi. Tetapi sedihnya usaha ini tidak diwarkan dan disambut baik dalam liputan media.

Mungkin disebabkan hal itu, pihak lawan tidak tahu bahawa masalah air di Kedah sedang giat dilaksanakan!

Untuk pengetahuan semua, bermula pada Mei dan Jun 2021, 5 loji rawatan air telah dinaik taraf dan kini masih dalam proses.

Manakala SADA mempunyai 4 pelan dalam mengatasi masalah air yang dihadapi oleh 1.12 peratus pengguna. Pelan tersebut ialah pelan segera, jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Boleh baca maklumat penuh pada link di bawah:https://www.facebook.com/search/top/?q=SADA%20ada%204%20pelan%20dalam%20mengatasi%20masalah%20air%20kepada%201.12%20peratus%20akaun%20pengguna%20bermasalah.%201)%20Segera%202)%20Jangka%20Pendek%203)%20Jangka%20Sederhana%204)%20Jangka%20Panjang

Walaupun hanya 1.12 peratus sahaja yang mengalami masalah air, Kerajaan Negeri dan pihak SADA tetap bertungkus-lumus untuk menyelesaikan masalah tersebut. Adakah itu yang dinamakan tidak fokus?

Baru-baru ini juga melalui sebuah perkongsian video, masalah air yang dihadapi selama 20 tahun selesai ditangani. Satu demi satu kampung-kampung yang telah lebih 20, 30 atau mungkin 40 tahun menghadapi masalah air boleh tersenyum gembira apabila air paip masuk ke rumah mereka melalui kepala paip yang ada.

Melalui pekongsian video tersebut, mereka menyatakan juga, bahawa baki pengguna yang menghadapi masalah air juga akan selesai.

Di sini dikongsikan 22 Fakta mengenai isu air di Kedah.

1. Isu bekalan air telah membuatkan rakyat Kedah sengsara bertahun-tahun sejak Kerajaan BN Kedah dan juga semasa Kerajaan PH Kedah. Fakta dan data kesengsaraan rakyat tercatat di mana-mana minit mesyuarat Kerajaan Negeri semasa itu dan juga di seluruh Pejabat Daerah Negeri Kedah seolah-olah tiada penyelesaian sehingga kiamat

2. Pada 2019, Kerajaan PH Kedah telah menangguhkan sekali lagi rancangan menaik taraf 5 Loji Rawatan Air atas alasan masalah kekangan kewangan setelah sebelum itu tertangguh lama oleh Kerajaan BN Kedah

3.. Pada 2019, SADA catat kerugian RM36 juta sekaligus beri kesan buruk dan menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat Kedah

4. Pada 2020, DS Sanusi yang baru dilantik sebagai MB Kedah meletakkan isu bekalan air Kedah sebagai keutamaan dalam pentadbiran beliau

5. Pada 2020, atas inisiatif Menteri Besar Kedah terhadap penyusunan operasi, SADA mula catat keuntungan RM1 juta

6. Pada 2021, SADA mula catat keuntungan tinggi sebanyak RM30 juta dan ini beri peluang kepada SADA melipat gandakan penyelenggaraan dan perkhidmatan kepada seluruh rakyat Kedah melalui perancangan pelan jangka masa pendek dan pelan jangka masa panjang

7. Bagi pelan jangka masa pendek, SADA mengambil inisiatif dengan menjadualkan penghantaran lori tangki air bagi memastikan kelangsungan bekalan air terawat kepada para pengguna yang terjejas

8. Bagi pelan jangka masa sederhana, SADA sedang melaksanakan pembinaan rumah pam dan tangki sedutan bertujuan meningkatkan kapasiti loji dan mengatasi masalah tekanan air yang rendah di kawasan muka bumi yang tinggi dan di penghujung sistem agihan

9. Bagi pelan jangka masa panjang Kerajaan Negeri Kedah menerusi SADA memperuntukkan sejumlah anggaran RM73 juta bagi kerja-kerja penggantian paip lama dan usang di kawasan yang dikenalpasti sebagai hotspot

10. Termasuk dalam jangka masa panjang sebanyak RM931 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Kedah untuk menaik taraf 5 Loji Rawatan Air, menaik taraf sistem pam serta operasi penggantian paip lama di seluruh negeri Kedah

11. RM460 juta untuk menaik taraf LRA Pelubang dan jangkaan siap pada pertengahan 2025. Mula projek 20.5.2021

12. RM162 juta untuk menaik taraf LRA Jenun Baru dan jangkaan siap pada pertengahan 2024. Mula projek 6.6.2021

13. RM147.7 juta untuk menaik taraf LRA Bukit Selambau dan jangkaan siap pada pertengahan 2024

14. RM108.4 juta untuk menaik taraf LRA Sungai Limau dan jangkaan siap pertengahan 2024. Mula projek 2.5.2021

15. RM57.42 juta untuk menaik taraf LRA Lubuk Buntar Lama dan jangkaan siap pada hujung 2023. Mula projek 2.5.2021

16. Isu gangguan bekalan air yang berlaku mutakhir ini berikutan operasi penggantian paip lama serta projek menaik taraf 5 LRA

17. Gangguan bekalan air menjadi lebih kronik apabila sumber air berkurangan yang disebabkan oleh hujan yang kurang serta panas yang berpanjangan

18. Ditambah pula dengan musim perayaan maka isu gangguan bekalan air di Kedah akan menjadi lebih buruk

19. Untuk itu pihak SADA telah melaksanakan Pelan Kontingensi semasa musim perayaan bagi menghadapi isu ini secara menyeluruh

20. Sempena musim perayaan, pihak SADA juga mohon kerjasama semua pihak terutama rakyat Kedah untuk menggunakan air secara berhemah dan melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi situasi luar jangka

21. Pihak PH-BN yang pernah menjadi Kerajaan di Kedah cuai dan lalai terhadap rakyat Kedah dalam menyelesaikan masalah air di Kedah. Pihak PH-BN akan berterusan menangguk di air keruh dengan menggunakan isu bekalan air berikutan ketiadaan modal isu lain untuk menghentam dan memburukkan imej dan reputasi cemerlang Menteri Besar memimpin Kerajaan PN Kedah

22. Hakikatnya rakyat Kedah nampak secara jelas komitmen Kerajaan PN Kedah pimpinan DS Sanusi menyelesaikan isu bekalan air yang mana rakyat melihat hampir di seluruh daerah dalam Kedah di merata tempat projek penggantian paip sedang giat beroperasi bak kata pepatah, “bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian”.