Oleh : Muhammad Fadzli Bin Abu Bakar
“Suami saya stroke dan dah lama tak bekerja. Pendapatan tak tetap. Anak lagi kena bagi makan minum”, luahan penerima sumbangan tadi.
Alhamdulillah, hari ini Syabab Care meneruskan lagi aktiviti kebajikan kami di sekitar Gombak. Kami sampaikan bantuan barang-barang keperluan harian kepada mereka yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh PKP ini. Masih ramai yang hidup dalam keadaan sukar dan perlukan bantuan pihak lain.
Ayuh sama-sama kita bantu mereka yang memerlukan melalui Syabab Care. Anda sumbang kami sampaikan. Sumbangan boleh terus dimasukkan ke akaun Maybank berikut : 5622 0965 3403 PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN DAN KEBAJIKAN (SYABAB CARE)
Muhammad Fadzli Bin Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor