Home Berita PAS Kedah

Santuni warga asnaf sakit diabetes

58
SHARE

MERBOK – Seorang warga emas yang juga merupakan asnaf di Taman Lembah Bujang Saujana menerima kunjungan ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Hj Ghazali, semalam.

Beliau yang baru kehilangan sebelah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis tidak dapat bekerja dan menumpang teduh bersama isteri di rumah anak saudaranya dekat sini.

Prihatin dengan nasib yang dilalui oleh warga emas itu, YB Ustaz Hanif menyampaikan sumbangan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai kepada beliau.

Hadir sama, Pengerusi Surau Taman Lembah Bujang Sajana, Fasa 6, Encik Mohd Azman.