Home Berita PAS Kedah

58 sekolah Daerah Pendang terima kek sempena Hari Guru

187
SHARE

Oleh AMAL NABILA

PENDANG – Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Pendang dan DUN Tokai menyampaikan sebiji kek kepada 58 buah sekolah di Daerah Pendang, sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei, hari ini.

Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Awang Hashim berkata beliau menjadi Timbalan Menteri sekarang ini adalah hasil usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa mendidik.

Oleh itu, pemberian ini adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan guru.

ADUN Tokai, YB Dato Hayati Othman mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia.