Home Artikel PAS Johor

SANTUNI MASYARAKAT CINA DI BENTAYAN – MESEJ JELAS PAS BAKRI

87 views
SHARE

Oleh: Adlan CPP Bakri

11 Feb 2018 Bakri, Johor – PAS Kawasan Bakri hari ini mengadakan ziarah ke rumah-rumah masyarakat Tionghua di sekitar Bentayan sempena kedatangan Tahun Baru Cina. Lebih 20 buah rumah, termasuk warung terpilih telah diziarahi.

“Ziarah pada pagi tadi adalah rentetan program edaran buah limau yang telah dibuat pada hari Jumaat dan Sabtu lepas. Dianggarkan lebih 500 buah limau mandarin kita telah berjaya edarkan”, ujar Ustaz Zarul Salleh, selaku Penyelaras Pusat Aduan Rakyat Parlimen Bakri yang mengetuai program tersebut.

Turut serta bersama ialah Prof Madya Dr Mohd Mazri Yahya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor merangkap Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Sg Abong, Ustaz Kamalulnizam Mohd Suhut, selaku YDP PAS Bakri dan Ustazah Normala Ali selaku Ketua Muslimat PAS Bakri.

“Pihak PAS mengucapkan terima kasih pada pihak MACMA daerah Muar kerana sudi mengajak kami, PAS bagi menyantuni masyarakat Tionghua disini”, ujar Prof Madya Dr Mohd Mazri.

“Kami PAS, amat komited untuk membantu mengikut kemampuan kita, bukan kerana kita mahu bersaing dengan sesiapa, tetapi ini tugas kami”, ujar beliau lagi.