Home Artikel PAS Johor

Santuni Guru Sempena Ramadhan dan Hari Guru

474
SHARE

SANTUNI GURU SEMPENA RAMADAN DAN HARI GURU

Johor : Guru merupakan individu yang banyak berbakti kepada bangsa dan negara

Justeru, bersempena dengan Hari Guru yang akan datang pada 16 Mei 2019 , PAS Kawasan Iskandar Puteri diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Iskandar Puteri , Ustaz Sallehuddin Dahiran mengambil peluang berkunjung ke 24 sekolah di sekitar Iskandar Puteri termasuk sekolah menengah kebangsaan, sekolah rendah kebangsaan dan juga PASTI sekali gus menyampaikan kek sebagai tanda penghargaan sempena hari guru dan juga ramadan.

Turut hadir adalah Ketua Pemuda PAS Iskandar Puteri, Ketua Dewan Muslimat PAS Iskandar Puteri dan Ketua Ameerah Iskandar Puteri dalam sesi edaran kek ke sekolah-sekolah.

Sebelum ini, Ustaz Sallehuddin dalam ucapannya menyatakan:
‘ Jasa guru ini sememangnya tidak dapat dibayar dengan wang ringgit malah wang ringgit pun tidak cukup untuk membayar jasa guru’

Namun begitu, lain pula terjadi masa kini apabila guru didakwa dengan dakwaan mendera anak murid.

Lantaran itu, PAS Kawasan Iskandar Puteri amat mengajak rakyat Malaysia untuk menghargai jasa guru.