Meningkatnya usia bukanlah suatu alasan untuk kita tidak terus berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara. Khususnya dalam kita berjuang untuk melaksanakan apa yang telah disampaikan dan diajarkan oleh Rasulullah saw.
Selagi nyawa masih dikandung badan, selagi nafas masih boleh berhembus, selagi itulah umat manusia tidak boleh berhenti dari bekerja dalam menegakkan agama Islam.
Begitulah yang boleh digambarkan kepada susuk tubuh seorang Ketua, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, yang tidak pernah berhenti dalam jalan perjuangan. Walau dimanapun posisi yang diamanahkan, beliau tetap terus menjadi motivasi kepada seluruh muslimat khususnya Dewan Muslimat PAS Malaysia dalam meniti mehnah tribulasi perjuangan Islam.
Seperti kata-kata hikmah Saad bin Abi Waqqas, “Aku adalah anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam.”
Berhasil membesarkan 10 orang anak, menjadi hafiz dan hafizah, dan seterusnya menempuh cabaran mendidik anak istimewa yang kini sudah berusia 30 tahun. Ini adalah suatu pencapaian yang diimpikan oleh seluruh ibu bapa yang bertakwa.
Teruslah menjadi inspirasi buat semua muslimat. Semoga Ustazah dikurniakan kesihatan, dipanjangkan umur dan sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih-Nya. Amin.
Sanah Helwah YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh.
‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’
‘Islam Menyatukan Ummah’
ikhlas daripada
Saf Kepimpinan
Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 Mei 2022 | 19 Syawwal 1443H