Home Artikel PAS Johor

Sambutan Tahun Baru Cina Bersama MACMA Muar

956
SHARE

Oleh: Sharifah Ajil CPP Muar

MUAR : Sempena perayaan sambutan Tahun Baru Cina, Pas Kawasan Muar telah dijemput untuk hadir meraikan majlis sambutan tersebut oleh pihak MACMA daerah Muar, Johor pada 18 Februari 2018 di bangunan MACMA yang terletak di Jalan Sisi, Muar.

Pas Kawasan Muar yang diwakili oleh Adun Maharani, YB Dr Mohamad bin Taslim bersama dengan YDP Pas Kawasan Muar, Tuan Haji Abd Aziz Talib telah hadir untuk sama-sama merayakan sambutan anjuran MACMA Muar ini.

Turut hadir sama ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Johor, Dr Mazri Yahya, Pegawai Daerah Muar dan beberapa orang Exco Kerajaan Johor.