Home Artikel PAS Johor

Program Pemantapan Pengajaran Al Quran MGP Kawasan Muar

520
SHARE

Oleh: Sharifah Ajil CPP Muar

MUAR : Pada 17 Februari 2018, Majlis Guru Pasti (MGP) Kawasan Muar telah mengadakan program kursus pemantapan pengajaran Al Quran bertempat di Markas Tarbiyah Pas Kawasan Muar, Parit Pechah.

Program bermula jam 8.00 pagi itu telah melibatkan semua guru Pasti Kawasan Muar. Seorang guru Al Quran, Ustaz Jasmi Saadon telah dijemput untuk memberikan ilmu bagi pengukuhan pengajaran Al Quran di kalangan guru-guru Pasti. Program ini diharap dapat membantu mereka meningkatkan lagi mutu dan kemahiran pengajaran khususnya pendidikan pra tahfiz anak-anak didik Pasti.

Turut juga disertakan slot usrah bersama Ketua Pemuda DPP Kawasan Muar, Ustaz Mohd Ridzuan Nazri yang menekankan konsep usrah    kepada guru-guru Pasti.