Home Berita PAS Kelantan

Sambutan Tahun Baharu Cina 2022 anjuran UPKN disambut meriah

157
SHARE

KUALA KRAI, 6 Feb: Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2022, anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) yang diadakan di Wat Salawanothayan Kampung Baru Jong, disambut secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran lebih 300 orang penduduk masyarakat Tiong Hwa di sekitar DUN Guchil dan Dun Mengkebang semalam.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman, sambutan tahun ini diraikan secara sederhana tetapi cukup meriah dengan diadakan sumbangan limau mandarin berserta ang pau sebagai simbolik untuk merapatkan hubungan antara kaum khususnya pada musim perayaan seperti ini. “Masyarakat Melayu, Cina dan India adalah seperti sebuah keluarga, yang bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian, kestabilan dan juga keamanan bersama,” katanya.

Setelah sambutan tahun lalu tidak dapat dirasai kerana masih dalam situasi COVID-19, ternyata rata-rata masyarakat Tiong Hwa menggunakan kesempatan untuk memeriahkan suasana perayaan kali ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang melibatkan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) harus dipatuhi dalam usaha membendung penularan COVID-19.