Home Berita PAS Kelantan

Sambutan rakyat untuk suntik vaksin semakin meningkat – ADUN Guchil

287
SHARE
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KUALA KRAI, 9 Jun: Penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil dan DUN Mengkebang sudah meningkat kepada 1,000 orang sehari bermula semalam, menghadiri Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di Dewan Sri Guchil.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, YB Hilmi Abdullah berpuas hati dengan sambutan baik oleh masyarakat untuk menerima suntikan vaksin.
“Saya amat bangga dengan kesediaan rakyat Guchil menyahut seruan kerajaan untuk mendapat suntikan vaksin COVID-19 dan Pusat Khidmat DUN Guchil turut menyediakan kenderaan bagi kemudahan rakyat ke PPV”, katanya dengan harapan supaya orang ramai segera mendaftarkan diri melalui MySejahtera.