Home Berita PAS Johor

Sambutan Aidil Fitri Perikatan Nasional (PN) Dun Maharani di akhir Syawal

892
SHARE

Sambutan Aidil Fitri Perikatan Nasional (PN) Dun Maharani di akhir Syawal

Oleh : SHARIFAH AJIL

MUAR, 20 Mei : Majlis sambutan Aidil Fitri Perikatan Nasional (PN) bagi Dun Maharani diraikan di akhir Syawal dengan penuh meriah di sini, hari ini.

Sambutan yang diadakan di Dewan Hajah Hasnah, Parit Keroma telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat khususnya di sekitar Muar.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang itu dipenuhi hidangan juadah seperti ketupat, lontong, lodeh, sate, laksa, rojak, mee goreng, otak-otak, ais krim dan tidak ketinggalan juga kuih tradisi Muar ‘Jamal @ Jambal Kunto’.

Majlis turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Cikgu Roslan Nikmat, YDP PAS Kluang, Md Nor Mohamad, wakil Pejabat Penolong Pegawai Daerah dan Penghulu-penghulu Daerah Muar.

Adun Maharani, Cikgu Abd Aziz Talib melahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar walaupun kehadiran di luar jangkaan, namun juadah mencukupi dinikmati pengunjung yang datang.

“Ribuan terima kasih kepada semua yang hadir, dapat meluangkan masa memeriahkan majlis dari pagi hingga petang. Terutama kepada agensi-agensi kerajaan, wakil Pejabat Parlimen Muar, pimpinan PAS negeri dan kawasan, pimpinan Bersatu Bahagian Muar, NGO, sekolah dan madrasah yang hadir, ” jelas beliau yang juga YDP Muar dipetik dari Facebooknya.