Home Berita PAS Johor

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Tebrau meriah

376
SHARE

Jamuan Raya PAS Tebrau meriah

Oleh HAFSAH AR

Tebrau, 20 Mei – PAS Tebrau turut meraikan Syawal walaupun di hari terakhir dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Jalan Canggung Utama, Taman Pasir Putih, disini hari ini.

Majlis yang diadakan berhampiran laluan utama penduduk Pasir Gudang yang mendiami Taman Pasir Putih dan Taman Kota Masai itu meriah dengan kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat yang tidak putus bermula jam 11 pagi.

Majlis Sambutan tersebut turut diserikan dengan persembahan beberapa lagu qasidah anak-anak SRITI Al-Irfan 1 yang dibimbing oleh gurunya.

Di dalam majlis tersebut, Yang Dipertua PAS Kawasan Tebrau, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail telah merasmikan pelancaran Infaq Istiqamah untuk semua ahli PAS Tebrau serta orang awam yang hadir.

“Semoga kehadiran kita di majlis ini dapat mengeratkan ukhwah serta mengukuhkan semangat penyatuan ummah untuk masa depan yang lebih baik” ujar Ustaz Khir didalam ucapannya.

Selain juadah hari raya yang biasa dihidangkan, tetamu turut dijamu dengan sate, mee goreng istimewa serta beberapa makanan yang dimasak di tapak program.

Kehadiran tetamu jemputan daripada Yang Berhormat Hj Azizul Bachok ADUN Tiram, beberapa AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, serta rakan-rakan daripada Bersatu, Gerakan malah wakil Srikandi Tebrau turut memeriahkan suasana.