Home Berita PAS Kelantan

Sambut baik etika pemakaian patuh syariah

686
SHARE

SAYA menaruh harapan yang tinggi terhadap ucapan penggulungan Yang Berhormat Datuk Dr Mujahid bin Yusuf, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) petang ini di Dewan Rakyat di mana antara lain beliau telah memberikan jaminan bahawa JAKIM sedang di dalam proses memperkenalkan etika berpakaian wanita muslimah yang perlu dipatuhi oeh pihak swasta (pekerja dan majikan) selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Saya percaya, pihak menteri dalam mengutarakan isu ini merujuk kepada kontorversi pemakaian pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang telah menimbulkan konflik minggu lepas. Pihak PAS melalui ahli-ahli parlimennya telah membangkitkan isu ini apabila jawapan yang diberikan oleh Menteri Pengangkutan tidak menyatakan dengan jelas apakah sikap kerajaan terhadap larangan bertudung yang dikenakan MAS ke atas pramugari.

Jika merujuk kepada jawapan Dr Mujahid hari ini di Dewan Rakyat, etika yang akan diperkenalkan oleh JAKIM ini memberikan jaminan tidak akan berlakunya diskriminasi terhadap wanita muslimah seperti yang sedang berlaku ke atas muslimah yang bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan MAS.

Sebagai rakyat yang ingin melihat tiada diskriminasi ke atas wanita muslimah, kita menyambut baik dan menunggu dengan penuh harapan. Hujung tahun ini berakhir pada 31 Disember 2018.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
6 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 6/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7683-sambut-baik-etika-pemakaian-patuh-syariah