Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Salam Takziah Buat Anggota Bomba Yang Terkorban

2314
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 230/101
24 Muharram 1440 | 4 Oktober 2018

SALAM TAKZIAH BUAT ANGGOTA BOMBA YANG TERKORBAN

Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/kpenerangan

1. Sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepada-Nya

2. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga bagi enam orang anggota bomba yang terkorban dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) di lombong Putra Perdana, Puchong semalam.

3. Mereka adalah wira negara yang sanggup merisikokan nyawa untuk membantu orang lain. Satu penghormatan yang harus diberikan kepada mereka semua.

4. PAS juga berharap semua keluarga yang terlibat termasuk keluarga pelajar tingkatan lima yang lemas agar sentiasa tabah dan kuat menghadapi ujian ini.

5. Marilah kita memohon doa kepada Allah untuk menempatkan semua yang terkorban dalam kalangan orang-orang yang dicintai oleh-Nya.

6. Ekoran daripada peralihan monsun sehingga menyebabkan hujan lebat terutama pada waktu petang dan malam, PAS menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati.

7. Ambil langkah kewaspadaan yang tinggi dan sentiasa berdoa kepada Allah agar sentiasa memelihara diri daripada kejadian yang tidak diingini.

Islam Memimpin

Sekian.