عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu.” (HR Muslim )
Dewan Muslimat PAS Sekijang ingin mengucapkan :
Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menempuh ‘Madrasah Ramadhan’ dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH SWT ..
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu erti dalam kehidupan kita sebagai individu muslimah yang bercita -cita ingin menjadi wanita solehah .
Jadikan bulan ini sebagai ‘Bulan Tarbiyyah’ untuk mendidik hati kita agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT sentiasa agar menjadi mujahidah Islam yang merindukan keampunan dari ALLAH SWT .
Hindarkan pembaziran .Amalkan budaya berjimat cermat dan berhemah dalam menyediakan juadah untuk seisi keluarga .
Semoga kita menjadi suri hati keluarga yang bukan sahaja disayangi tetapi juga dikasihi ALLAH SWT .
Akhir kata,mewakili saff kepimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang ,saya sekali lagi ingin mengucapkan “Salam Ramadhan Al-Mubarak”..
Ramadhan Kareem…
*”ISLAM MEMIMPIN ,WANITA SEJAHTERA”*
Salam hormat:
NORMALA BINTI SUDIRMAN(CIKGU MALA).
Ketua
Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang