Home Kenyataan Media PAS Selangor

Isu Serangan Keganasan Israel Ke Atas Bumi Gaza

64 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SELANGOR

Isu Serangan Keganasan Israel Ke Atas Bumi Gaza

1. Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya serangan terbaru Rejim Israel ke atas bumi Gaza.

2. Serangan udara dan bedilan meriam yang diarahkan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ke atas Gaza ketika Umat Islam sedang bersiap sedia menyambut Ramadhan menggambarkan sikap keganasan rejim yang tidak pernah menghormati hak Umat Islam.

3. Sehingga hari ini, serangan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) secara rambang sehingga mengakibatkan kematian rakyat Gaza termasuk wanita dan kanak-kanak memang selayaknya dibalas dengan serangan balas oleh Hamas dan pejuang Palestin menerusi pelancaran roket ke arah daerah yang dikuasai Israel. Ini kerana Israel Laknatullah hanya memahami bahasa peperangan dan bukannya perdamaian.

4. Badan Dunia seperti biasa membisu seribu bahasa dan begitu juga dunia Islam yang sedang sibuk bercakaran sesama sendiri hasil kejayaan provokasi dan campur tangan asing dalam urusan dalaman negara Umat Islam.

5. Hasilnya negara Umat Islam menjadi lesu dek perancangan licik pihak musuh Islam di kalangan kuasa besar dengan menjadikan umat Islam saling berperang dan kucar kacir dan tiada arah tuju kerana sikap umat Islam yang lemah dan tidak bijak membaca tipu daya musuh.

6. Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor mendesak Kerajaan Malaysia untuk menyatakan pendirian dan juga mendesak agar Persidangan Islam SeDunia (OIC) yang mewakili 1.8 billion umat Islam daripada 53 buah negara untuk mengadakan persidangan tergempar mengecam keganasan Israel dan mendesak agar dihentikan segera serangan yang ganas ini.

7. Marilah kita Umat Islam dari seluruh dunia menadahkan tangan memohon doa agar Allah berikan kekuatan kepada saudara kita yang sedang bertarung nyawa dan maruah Umat Islam di Gaza pada ketika ini.

8. Ramadhan bulan jihad dan bulan kemenangan Umat Islam di medan perjuangan.

#IslamMemimpin

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
6 Mei 2019 bersamaan 1 Ramadhan 1440H.