Home Kenyataan Media PAS Melaka

Salam Nuzul Quran PAS Negeri Melaka

606
SHARE

Alif Lam Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah:1-2)

Dalam bahasa asal, penggunaan kata “zaalika” yang memberi makna “itu” digunakan, tetapi telah diterjemahkan sebagai “ini”.

Ini menggambarkan bahawa Al-Quran ini boleh jauh dan dekat.

Oleh itu, berusahalah supaya Al-Quran ini sentiasa dekat dengan kita dengan membaca, mentadabbur dan mengamalkan segala ajaran yang terdapat di dalamnya.

Itulah juga syarat untuk menjadikan kita semua sebagai orang-orang yang bertaqwa. Selamat menyambut Nuzul Al-Quran.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk mengamalkannya. Ameen

SALAM NUZUL QURAN

USTAZ WAN ZAHIDI WAN ISMAIL
Timbalan Pesuruhjaya
PAS Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)