Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sajat Bertaubatlah! Kembali ke Pangkal Jalan

561
SHARE

Baru-baru ini tular tentang sebuah video yang mengatakan bahawa Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berniat untuk menukar agama. Keadaan ini disebabkan kecewa dengan tindakan orang di sekelilingnya.

Sebagai orang Islam, kita dilarang untuk menyatakan sesuatu yang membawa maksud murtad. Perbuatan itu merupakan diantara perkara yang mempersendakan agama. Islam adalah agama dan cara hidup yang datang daripada Allah untuk kesejahteraan dan keadilan semua makhluk di muka bumi.

Kita tidak akan terlepas daripada diuji oleh Allah swt. Semua manusia mempunyai pilihan sama ada ingin melakukan perkara kebaikan atau kejahatan. Namun, ia bukanlah tiket untuk memilih jalan yang salah.

Muhammad Sajjad dinasihatkan untuk bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT supaya tindakan yang dilakukannya diampunkan. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Pengasih, maka pohonlah keampunan kepada-Nya dengan bertaubat secara bersungguh-sungguh. Firman Allah SWT:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. [Surah al-Zumar; 53]

Mudah-mudahan Muhammad Sajjad dipandu oleh Allah swt untuk kembali kepada fitrah asal sebagai muslim yang baik. Didoakan juga untuknya agar dikurniakan hidayah dan menemui jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

#IslamSejahtera
#IslamJalanPenyelesaian
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
3 Mac 2021 | 19 Rejab 1442H