Home Berita PAS Kedah

Sanusi dinasihatkan untuk tidak menghadiri ceramah buat seketika

37
SHARE

Alor Setar, 7 Ogos 2023 – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dinasihatkan untuk tidak menghadiri ceramah buat seketika.

Malam semalam, Ahli Parlimen Alor Setar, Ustaz Afnan Hamimi ketika ceramahnya dalam program Ceramah Mega Perikatan Nasional di padang awam Taman Ria, memberitahu bahawa Menteri Besar tidak dapat hadir ke program tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau memegang satu kertas dan membacakannya kepada para hadirin.

“Saya nak baca kertas ini, kertas ini tulis berita yang menyedihkan. Petang tadi MB bermesyuarat di Kuala Lumpur, mesyuarat penting. Dalam mesyuarat tersebut bincang perkara-perkara besar.

“Daripada itu, dinasihatkan beliau tidask meneruskan ceramah beliau pada malam ini kerana ada perangkap yang sedang dipasang oleh musuh dan perangkap itu mengkehendaki MB kita masuk ke dalam itu dan pegang, buat sesuatu yang kita tidak jangka,” katanya.

Kejadian tersebut membuatkan beberapa pihak kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Menteri Besar Kedah tersebut. Walaubagaimanapun perkara tersebut tidak membuatkan para penyokong untuk berhenti bekerja. Malah mereka lebih semangat!

 

Menerusi satu hantaran di Facebook menyatakan bahawa mereka akan terus bekerja untuk kemenangan Perikatan Nasional di Kedah.

‘MB rehat, buat Live di media sosial ja, kami akan bekerja untuk memastikan kemenangan PN di Kedah’

Penyokong Perikatan Nasional juga diingatkan untuk terus berdoa dan meletak penuh pengharapan kepada Allah.

“Kita juga kena ingat kemenangan ini Tuhan bagi, jangan tinggal solat hajat doakan keselamatan MB kita, calon-calon dan semua orang sebab pergantungan dengan Allah akan menentukan kemenangan pada 12 Ogos ini,” ujarnya.

Harini, Menteri Besar buat kejutan dengan memnunculkan diri dalam aksi perlawanan bola sepak Di Felda Teloi Timur .